Bekerja di Yayasan Wardatul Jannah

Untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran operasi harian Rumah Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah, pihak Yayasan memerlukan kakitangan yang amanah dan bertanggungjawab dalam menunaikan tugasan harian.

Untuk memohon, calon disyaratkan:

  1. Mesti menyukai kanak-kanak
  2. Suka melakukan kerja-kerja kebajikan
  3. Sanggup bekerja di luar waktu pejabat
  4. Sanggup bekerja hujung minggu sekiranya diperlukan

Syarat Spesifik

Warden

  1. Lelaki
  2. Beragama Islam
  3. Berkeluarga dan berpengalaman menguruskan anak-anak

Kerani Pentadbiran

  1. Diploma Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan pejabat atau seumpamanya
  2. Atau mempunyai pengalaman kerja berkaitan
  3. Mahir menggunakan Microsoft Office
  4. Boleh menggunakan perisian UBS Accounts
  5. Mempunyai pengetahuan asas untuk mengendalikan blog dan laman web Yayasan

Syarat Tambahan

Sebaik-baiknya calon warden dan kerani pentadbiran memenuhi kriteria berikut

  1. Mempunyai personaliti menarik
  2. Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan
  3. Mempunyai skil asas menggunakan komputer
  4. Boleh berbahasa Inggeris
  5. Mempunyai lesen memandu dan ada kenderaan sendiri
  6. Mahir tentang jalan-jalan dan lokasi di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan sekitarnya

Hantar Permohonan Anda

Sila hantar permohonan dengan menyertakan maklumat di bawah kepada hr@shamawar.com.my

  1. Nama jawatan yang dipohon
  2. Resume
  3. Gambar terkini
  4. Sijil dan transkrip akademik yang berkenaan

Pihak Shamawar atau wakil Yayasan akan menghubungi pihak pemohon untuk mengatur sesi temuduga

Email KamiMohon Secara Atas Talian