Secara umumnya dana diperlukan untuk tujuan berikut:

Perbelanjaan Anak-Anak

  1. Makanan dan minuman
  2. Pakaian dan kasut
  3. Yuran sekolah, yuran kelab, yuran PIBG dan caj-caj lain
  4. Buku-buku rujukan
  5. Alat tulis
  6. Peralatan rekreasi (bola, raket badminton dsb)
  7. Wang saku
  8. Yuran tuisyen, kelas mengaji dan seumpamanya
  9. Perbelanjaan rekreasi – lawatan sambil belajar
  10. Peralatan mandian

Perbelanjaan Operasi Rumah

  1. Cadar, selimut, sarung bantal
  2. Perpaipan, pembaikan and penyelenggaraan rumah
  3. Potong rumput
  4. Peralatan dan bahan pencuci baju, tandas, pinggan mangkuk
  5. Peralatan dapur

Perbelanjaan Pengurusan

  1. Alat tulis
  2. Caj air dan elektrik
  3. Penggunaan telefon dan internet
  4. Setem
  5. Petrol
  6. Gaji kakitangan dan sebagainya

Sumbangan Derma dan Sedekah

Pihak Yayasan sangat mengalu-alukan bantuan dalam bentuk kewangan untuk melangsaikan perbelanjaan-perbelanjaan di atas. Sumbangan dalam bentuk derma dan sedekah dan lain-lain bentuk yang bersesuaian dengan syariat boleh disampaikan melalui mana-mana Pihak Pengurusan, Pemegang Amanah atau para dermawan boleh hadir sendiri ke Wardatul Jannah untuk menyalurkan sumbangan terus kepada wakil pengurusan yang bertugas.

Hubungi KamiTemui KamiIsi Borang Atas TalianMuat Turun Borang Sumbangan

Sumbangan Zakat

Yayasan Wardatul Jannah merupakan Ejen Kutipan Zakat Berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Sekiranya para dermawan tergolong di dalam kumpulan yang membayar zakat sekurang-kurangnya RM 100 ribu ringgit setahun kepada mana-mana Pusat Pungutan Zakat, anda berhak menamakan Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah sebagai penerima 3.5% daripada sumbangan zakat tersebut kepada Pusat Pungutan Zakat. Urusan dokumentasi tertentu akan diaturkan di antara pihak penderma, Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah sebagai penama dan Pusat Pungutan Zakat.

Sebagai pembayar zakat individu, para dermawan layak mendapat pengecualian cukai penuh ke atas sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan.

Sila hubungi Pihak Pemegang Amanah Yayasan Anak-Anak Yatim Wardatul Jannah atau berkomunikasi terus dengan Pusat Pungutan Zakat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hubungi Pihak Pemegang AmanahHubungi Lembaga Zakat Selangor

Cara-Cara Menyampaikan Sumbangan

Sumbangan boleh disampaikan secara tunai, melalui DuitNow QR (klik butang di bawah) atau melalui cek di atas nama:

YAYASAN ANAK-ANAK YATIM WARDATUL JANNAH

atau dimasukkan terus ke akaun berikut

Maybank Kota Damansara
SSC No 30 Jalan Teknologi
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya

No Akaun : 562759-109813

Rekod Pentadbiran

Bagi tujuan pengeluaran resit, urusan merekodkan sumbangan dan penyediaan penyata akaun Yayasan bagi tujuan audit ke atas sumbangan yang dimasukkan terus ke dalam akaun, pihak yayasan memerlukan maklumat berikut :

☑ Nama Penderma atau Syarikat
☑ Nombor IC atau SSM
☑ Alamat Rumah atau Pejabat
☑ No Telefon

☑ Alamat E-Mail
☑ Jumlah Sumbangan
☑ Tarikh Sumbangan

Sila hantarkan maklumat yang diperlukan kepada
E-mail: y.wardatuljannah@gmail.com

Atau dengan mengisi ‘Borang Rekod Pentadbiran’ di bawah:

Isi Borang Rekod Pentadbiran